| Dekat tak tercapai, jauh tak berantara. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk. | Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. | Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. | Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. | Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dipandang dekat, dicapai tak boleh. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |