Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dendam;

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(8)

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diidam seperti babi lemak.Dendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gunting makan dihujung.Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyamuk mati, gatal tak lepas.Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghapuskan arang di muka.Menghilangkan malu; membalas dendam. (Peribahasa lain yang sama makna: Membasuhkan arang yang terconteng di muka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak (boleh) tanduk telinga dipulas.Asal dapat membalas dendam, apa saja dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas