Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di antara

Puisi
 

Banyak bunga di kala subuh,
     Bunga yang kasa di antara layu;
Banyak abang dipandang sungguh,
     Kanda juga dipandang lalu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping,
     kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Bermaksud :

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdua terkunci, bertiga terbuka.Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelingkah bagai antan di lesung.Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teras terunjam, gubal melayang.Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas