Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Di bawah lancung nan tiris.Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di bawah ketiak orang.Di bawah kekuasaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar di bawah pisang goyangan, besar di bawah tebu berlengkar.Besar dengan didikan yang sederhana saja; belum ada pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di bawah lantai nan tiris.Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berteduh di bawah betung.Mendapat pertolongan yang tidak memadai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katak di bawah tempurung.Sangat picik pengetahuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telaga di bawah gunung.Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai dekan di bawah pangkal buluh.Pandai menyembunyikan rahsia. dekan = ulat yang makan buluh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dicari cempedak di bawah kerambil.Mencari tidak pada tempatnya. kerambil = kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas