| Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar. | Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga. | Baik di luar tetapi jahat hatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di luar berkilat di dalam berongga. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buah macang dimakan kelarah, di luar baik busuk di dalam. | Orang perempuan yang sudah rosak, hanya di luar saja yang kelihatannya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putih di luar, kuning di dalam. | Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pepat di luar, pancung (= rancung) di dalam. | Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih di luar, kuning di dalam). pancung = bersegi runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi. | Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditambat tidak bertali. | Hidup di luar nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |