Di mana lalang habis, di situ api padam. | Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal. | Di mana mati di situlah dikuburkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga. | Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil. | Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. | Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |