Saya getah daun, dia getah batang. | Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa. | Kelakuan yang tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung. | Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam menunduk dia menyonggeng. | Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. | Jawab yang benar dan tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |