| Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |