Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan. | Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. | Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sang genap: ada orang adalah dia. | Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras dikatakan raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu. | Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit. | Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |