Dunia diadang, saku-saku dijahit. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan. | Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. | Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muda diajun, kikir diperbuat. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |