Jangan diajar orang tua makan kerak. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan diajar orang tua makan dadih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak usah itik diajar berenang. | Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Itik diajar berenang. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang tua diajar makan pisang. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Mengajar limau berduri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau diajar makan daging. | Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan diajar orang tua makan dadih. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. dadih = air susu kerbau yang dikentalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak usah diajar anak buaya berenang. | Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan diajar anak harimau makan daging. | Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |