Dibuang yang keruh, diambil yang jernihnya. | Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang. | Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Inai tertepung, kuku tanggal. | Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu. | Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga. | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang. | Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan mengambang dikandung awan. | Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada seperti tampaknya apung-apung. | Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah mengilang membajak pula. | Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya. | Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |