| Dibakar tak hangus, direndam tak basah. | Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kain dibakar tiada berbau. | Kemiskinan yang amat sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sukakan kemenyan, dibakar. | Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kain buruk dibakar tak berbau. | Kemiskinan yang amat sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga. | Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |