Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelah

Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)

Bermaksud :

Sedikit (= kecil) sekali.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik.Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)Sedikit (= kecil) sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tembatu dibelah.Berserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pinang dibelah dua.Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk muka cermin dibelah.Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Suarang diagih, sekutu dibelah.Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah.Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tahu menganyam, pandan disalahkan.Tidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin dibelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan baji oleh kelidai.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas