| Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laut ditimba akan kering. | Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |