| Dibilang genap, dipapar ganjil. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari. | Sangat sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum menetas sudah dibilang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum beranak sudah ditimang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |