Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam. | Alam rohani yang tak berbatas. balun = gulung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jemur terkekar ayam tiba. | Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. | Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. | Alam rohani yang tak terbatas. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |