Dipandang dekat, dicapai tak boleh. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. | Orang yang tidak sempurna akal fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. | Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat bagai air dalam pembuluh. | Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |