| Menjilat air liur (= ludah). | Yang sudah dicela dipuji kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. | Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah diludah dijilat kembali (= balik). | Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. | Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |