Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didapat

Puisi
 

Jangan disingkap tabir luanga,
     Raden Galuh bersila panggung;
Jangan diturut hati dahaga,
     Sopan didapat malu ditanggung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tak dapat didamak,
     dipikat.

Bermaksud :

Sesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mabuk kerana beruk berayun.Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak dapat didamak, dipikat.Sesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rusa ditembak, kijang yang kena.Lain yang dituju lain pula yang didapat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai mencuri terasa mendapat, tak pandai mendapat terasa mencuri.Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas