Didengar ada, dipakai tidak. | Nasihat yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bunyi gung pecah. | Suara yang tidak sedap didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. | Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba. | Perkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati. | Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |