Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. | Nasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Susu di dada tak dapat dielakkan. | Nasib yang tak dapat ditolak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan. | Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan berlian jangan dipijakkan. | Untung bahagia jangan dielakkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasangan tiba di kodok. | Perintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditindih yang berat, dililit yang panjang. | Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata. | Malang yang tak dapat dielakkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama kayu buruk: buruk di panas, reput di hujan. | Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai. | Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |