Itik mendapat air. | Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti biduk dikayuh hilir. | Mengerjakan pekerjaan yang sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggan. | Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah! | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing berjumpa (= dapat) pasir. | Kesukaan yang tidak pada tempatnya kerana bertemu dengan barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam. | Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |