| Digenggam tiada tiris. | Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air digenggam tiada tiris. | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. | Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai kepiting batu. | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti Kur'an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |