Ada seperti tampaknya apung-apung. | Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |