| Jadi bumi langit. | Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lepas putih hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putih dikejar, hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Lepas putih hitam tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Alah pinta dibuat sempena. | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kelimpanan mata dek pengelan. | Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. | Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di manakah berteras kayu mahang. | Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. | Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Percaya pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain buta mata keduanya. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |