Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. | Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |