| Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang tegak disokong, yang lemah ditopang. | Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. | Manusia dihormati kerana kejujurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada raja menolak sembah. | Tidak ada orang yang tak suka dihormati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |