Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diikuti

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular berkepala dua.Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekerat ular, sekerat belut.Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat dipakai baru, kain dipakai usang.Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera.Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas