Adat diisi, lembaga dituang. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat diisi, janji dilabuh. | Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cupak tegak yang diisi. | Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. | Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bertentu, bilang beratur. | Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. (Bandingkan dengan: Adat diisi, lembaga dituang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |