Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih. | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda. | Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh. | Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok. | Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika berjumbai tempat bergantung. | Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Moncongnya tiada beraweh. | Berkata dengan semahu-mahunya saja. aweh = ijuk yang dijadikan penapis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi tak dingin, pinggan tak retak. | Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersaksi ke lutut. | Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |