Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. | Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ternak bergembala, parak berpagar. | Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh. | Sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik-baik. ditutuh = dipotong cabangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diperluas parak, tidak disiangi. | Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. | Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. | Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. dimusangi = dimakan musang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |