Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijolok

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sarang tabuhan jangan dijolok.Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas