Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijual

Puisi
 

Nanas dijual di pasar niaga,
     Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
     Budi bahasa perhiasan diri.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Telah dijual maka dibeli.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dijual sayak, dibeli tempurung.Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dijual maka dibeli.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai galah dijual.Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti beras lembab: dijual tak laku, ditanak tak muai.Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bahasa menunjukkan bangsa.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas