Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu. | Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dijunjung. | Jerit pekik orang yang penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek. | Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. | Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban berat senggulung batu. | Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |