| Direndam tak basah. | Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Direbus tak empuk. | Sangat sukar dikalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rendam tak basah. | Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rebus tak empuk. | Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rendam tak basah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dibakar tak hangus, direndam tak basah. | Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya). | Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |