Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. | Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. | Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan mengambang dikandung awan. | Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. | Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama hayat dikandung badan. | Selama masih hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |