Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikata

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sudah terlalu hilir malam,
     apa hendak dikata lagi.

Bermaksud :

Perbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Barang yang dikata, itulah kota.Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi.Perbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu dijentik, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu ditetak, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa yang berkata harus berkota.Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kerbau runcing tanduk.Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas