Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikatakan

Puisi
 

Ubi kentang si ubi temu,
     Di bawah pokok jantan mawar;
Orang yang kenyang kalau dijamu,
     Lauk sedap dikatakan tawar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dikatakan berhuma lebar,
     sesapan di halaman.

Bermaksud :

Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.

 

Lihat selanjutnya...(28)

138

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(51)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jaras dikatakan raga jarang.Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun nipah dikatakan daun labu.Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.Tidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah memakai adat.Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas