Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan. | Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan. | Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan. | Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat segiling, pecak setapik. | Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |