Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diludah

Peribahasa

Hendak ditelan termengkelan,
     hendak diludah tiada keluar.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah diludah dijilat kembali (= balik).Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.Dalam keadaan yang serba salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah arang-arang, hendak minyak pula.Dulu dikeji, sekarang dipuji. (Bandingkan dengan: Sudah diludah dijilat kembali [= balik]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas