Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hendak meluruskan ekor beruk. | Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |