| Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. | Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. | Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |