Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. | Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang tergenggam jatuh terlepas. | Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada biduk, serempu pula. | Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. (Bandingkan dengan: a. Ada sampan hendak berenang, b. Ada sirih hendak makan sepah, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). serempu = sejenis sampan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |