| Diminta tebu diberi tembarau. | Yang diberi berlainan daripada yang diminta. tembarau = gelagah, temerau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh berjolok. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Jatuh berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh berkait. | Memperoleh sesuatu kerana diminta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh tidak berkait (= berjolok). | Membuat sesuatu tanpa diminta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah. | Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lagi murah, lagi ditawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makin murah, makin menawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |