Bolehkan digabus sebelum diasah? | Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langkah yang telah terlangkahkan. | Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya. | Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |