Dinding teretas, tangga terpasang. | Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lantai dan dinding bertelinga belaka. | Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. | Perbuatan yang pandir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai terung terantuk ke dinding. | Datang berkunjung sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. | Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. | Keputusan yang sangat adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan. | Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga. | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |