| Dititik belah, dipalu belah (= datar). | Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. | Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti beting dipalu ombak. | Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu). | Geliang-geliut kerana kesakitan. cengkeling = berbelit-belit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |