| Dipandang dekat, dicapai tak boleh. | Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah dipandang seperti kuman. | Terlalu marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya. | Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda. | Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak seorang, penaka tidak. | Mempunyai barang hanya sebuah saja. penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan bongkok sebab menyuruk. | Tiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |