Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. | Jawab yang benar dan tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. | Patuh menurut perintah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah jauh maka dipanggil. | Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang. | Orang yang arif dan rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa. | Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diimbau berbunyi, dilihat bersua. | Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. | Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah busuk maka dipeda. | Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda = diasinkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |